Projek elektronik ini ialah berkaitan alat yang mengesan nilai pH dalam tanah, nilai pH akan dihantar ke komputer secara wireless. Komputer akan secara automatik menyimpan nilai pH ke dalam excel files mengikut sela masa yang ditetapkan. Berikut ialah gambar rekaan litar dan screenshot GUI yang telah dibina.
Rabu, 29 Oktober 2014
projek elektronik berkomputer - Wireless distance measurement
Projek elektronik yang bertajuk Wireless Distance
Measurement System adalah berkenaan sistem pengukuran yang berasaskan
ultrasonic sensor dan beroperasi secara wireless. Aplikasi untuk projek
ini adalah seperti membuat pengukuran jarak sesuatu objek sebagai contoh
jarak antara dinding dengan dinding, kedalaman kolam renang dan apa
sahaja yang anda ingin ukur. Selain mengukur jarak, bacaan jarak yang
diambil akan dimanipulasi oleh komputer untuk membuat perkiraan isipadu.
Sebagai contoh jika anda mengukur sebuah kolam renang yg berbentuk segi
empat, komputer akan mengira isipadu air yang diperlukan untuk
memenuhkan kolam tersebut. Gambar di bawah adalah litar untuk projek ini



