Projek elektronik yang bertajuk Wireless Distance
Measurement System adalah berkenaan sistem pengukuran yang berasaskan
ultrasonic sensor dan beroperasi secara wireless. Aplikasi untuk projek
ini adalah seperti membuat pengukuran jarak sesuatu objek sebagai contoh
jarak antara dinding dengan dinding, kedalaman kolam renang dan apa
sahaja yang anda ingin ukur. Selain mengukur jarak, bacaan jarak yang
diambil akan dimanipulasi oleh komputer untuk membuat perkiraan isipadu.
Sebagai contoh jika anda mengukur sebuah kolam renang yg berbentuk segi
empat, komputer akan mengira isipadu air yang diperlukan untuk
memenuhkan kolam tersebut. Gambar di bawah adalah litar untuk projek ini

