Projek elektronik car tracking system ini dalah satu projek yang mengguna raspberry pi sebagai "controller". Apakah itu raspberry pi? raspberry pi adalah satu embedded computer atau dalam bahasa lebih mudah, ianya sebuah komputer kecil bersaiz yang menyamai sekeping card bank/ credit card. Dalam sistem ini raspberry pi disambungkan kepada gps module dan juga broadband. koordinat kedudukan alat ini akan dimuat naik kedalam server dan kemudian satu aplikasi khas android akan memuat turun koordinat kedudukan alat tersebut dan memaparkan kedudukan koordinat tersebut kedalam peta. Sila tonton video untuk penerangan lebih lanjut.
Khamis, 27 Ogos 2015
Selasa, 25 Ogos 2015
Projek Elektronik Android Motorcycle Security
Projek elektronik ini adalah berkaitan pengawalan keselamatan motorsikal yang menggunakan sensor getaran sebagai mekanisma utama pengesanan ancaman keselamatan. Apabila sensor mengesan getaran, litar pengawal PIC16F877A akan menghidupkan penggera. Dalam masa yang sama SMS akan dihantar ke pemilik motosikal dengan menggunakan GSM Modem. Pada talifon bimbit pemilik, terdapat satu aplikasi android yang akan menerima SMS tersebut. Aplikasi tersebut akan memastikan telifon berdering dan bergetar walaupun mood "silent" diaktifkan. Oleh itu pemilik motosikal tidak akan terlepas pandang dari arahan penggera tersebut.
Projek Elektronik Crying Baby Detection
Projek elektronik crying baby detection ini dalah projek yang melibatkan sistem penegecaman suara menggunakan module VR Bot. Suara bayi menangis akan dirakam dalam module tersebut. VR Bot akan disambungkan kepada litar pengawalan, VR Bot juga akan sentiasa mendengar keadaan sekeliling apabila ia diaktifkan. Apabila bunyi persekitaran menyamai bunyi bayi menangis, litar pengawal akan menghantar isyarat ke litar penggera yang terdapat didalam bilik lain. memberi tahu bahawa bayi dibilik lain sedang menangis.
Projek Elektronik Automatic Garden Watering System
Projek elektronik ini adalah berkaitan sistem penyiraman pokok secara automatik. Terdapat sensor kelembapan tanah diletakkan di dalam tanah. apabila litar elektronik mengesan tahap kelembapan tanah yang semakin berkurung, litar akan mengaktifkan litar solenoid valve yang mengawal paip air. Sistem ini menggunakan kuasa bateri dan solar. Apabila waktu malam atau hujan, bekalan elektrik akan diambil dari bateri. Apabila bateri lemah dan tenaga solar adalah tinggi, bateri akan dicaskan secara automatik oleh modul pengecasan bateri. Berikot adalah video projek.
Projek Elektronik Sistem Siraman Pokok
Projek elektronik sistem siraman pokok ini adalah sebuah projek yang melibatkan GUI (Graphical User Interface) yang dibangunkan dengan Visual Basic. Operasi projek ini adalah,
1. Pengguna boleh menekan butang pada litar untuk mengawal pum air.
2. Selain menekan butang pada GUI untuk mengawal pum air.
3. Pada GUI pengguna boleh set masa untuk pum dibuka secara automatik.
1. Pengguna boleh menekan butang pada litar untuk mengawal pum air.
2. Selain menekan butang pada GUI untuk mengawal pum air.
3. Pada GUI pengguna boleh set masa untuk pum dibuka secara automatik.


