Projek elektronik ini adalah berkenaan sistem pemantauan rumah dan
kawalan peralatan rumah melalui telefon bimbit bersistem operasi
android. Terdapat dua objektif utama projek ini,pertama ialah menghidup
dan mematikan peralatan elektrik rumah dengan menekan butang pada
telefon bimbit. Dua, memantau suhu persekitaran rumah dan kadar gas yang
terdapat di dalam udara. Sistem ini juga dilengkapi dengan sistem
penggera, dimana penggera akan berbunyi apabila suhu rumah mencapai 60
Celcius ke atas. Pada suhu 60 celcius keatas, berkemungkinan terdapat
kebakaran didalam rumah. Selain memantau suhu, sistem ini turut mengesan
gas yang terdapat pada udara didalam rumah. Jika bacaan gas melebihi
300, penggera akan berbunyi. Ini kerana pada bacaan 300, kemungkinan
terdapat kebocoron gas didalam rumah. Berikut adalah gambar antara muka
aplikasi android yg telah dibina.
Litar akan berhubung dengan aplikasi android melalui Bluetooth. Apabila
litar dihidupkan, Bluetooth Module akan memancarkan isyarat. Pengguna
perlulah terlebih dahulu menyambungkan aplikasi kepada litar dengan cara
menekan butang connect. Apabila proses penyambungan berjaya, litar akan
mula menghantar data kepada aplikasi. Aplikasi akan menyemak data
tersebut dan membuat perbandingan. Jika nilai data yang diterima
melebihi had yang ditetapkan, sebagai contoh nilai suhu melebihi 60 C
maka penggera akan dihidupkan. Dibawah adalah gambar litar

