Projek
elektronik ini adalah berkenaan mengawal kereta kawalan jauh
menggunakan telefon bimbit yang bersistem operasi Android. Kereta
kawalan jauh yang asalnya menggunakan litar frekeunsi radio untuk
menrima isyarat kawalan diubahsuai dengan litar kawalan elektronik yang
dilengkapi dengan Wifi Module. Pengguna hanya perlu menekan butang pada
skrin telefon bimbit untuk menggerakan kereta kawalan jauh bergerak
kehadapan dan kebalakang. Manakala untuk mengubah hala tuju ke kiri atau
ke kanan, telefon bimbit hanya perlu disengetkan ke arah kiri untuk
pusing ke kiri. Untuk pusing ke arah kanan, telefon bimbit perlu
disengetkan ke arah kanan. Litar kawalan yang terdapat pada kereta
kawalan jauh berkomunikasi dengan telefon bimbit menerusi Wifi. Berikut
adalah gambar litar kawalan :
Sebelum kereta boleh dikawal, pengguna perlu memasukkan alamat IP litar ini terlebih dahulu. Ini adalah kerana wifi module beroperasi
menggunakan protokol internet untuk berhubung. Gambar dibawah
menunjukkan antaramuka aplikasi android yang telah direka. Pada
anataramuka tersebutlah pengguna perlu memasukkan alamat IP tersebut.
Gambar litar yang telah dipasang pada kereta kawalan jauh :


