Projek tahun akhir elektronik ini adalah berkenaan kawalan RCCB
menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas SMS. Ketika petir atau litar
pintas, RCCB akan mematikan litar elektrik didalam rumah. Ini bertujuan
untuk keselamatan. Ketika petir kuat, biasanya RCCB akan “jatuh”, dan
kita perlu menaikkan semula selepas petir berhenti untuk menggunakan
perlatan elektrik dirumah. Bahan makanan yang tersimpan didalam peti
sejuk mungkin akan busuk jika dibiarkan lama. Lebih – lebih lagi jika
rumah ditinggalkan selama berhari – hari. Dengan sistem ini, penggunakan
akan mengetahui keadaan RCCB, sistem akan menghantar pesanan ke telefon
bimbit sekiranya RCCB “jatuh”. Jika pengguna mahu mengambalikan semula
bekalan elektrik dirumah, penggunan hanya perlu membalas pesanan
tersebut dengan perkataan tertentu. Berikut adalah gambar tentang projek
ini.
![]() | |
| Projek Elektronik GSM RCCB Backup |
