Projek elektronik yang
bertajuk Android Home Appliance Control ini adalah projek yang berkaitan
dengan sistem kawalan peralatan rumah seperti lampu dan kipas dengan
menggunakan peranti android atau secara khususnya telefon bimbit
bersistem operasi android. Litar pengawal berkomunikasi dengan telefon
mudah alih menerusi bluetooth. Terdapat dua kaedah untuk mengawal
peralatan rumah iaitu yang pertama dengan menggunakan butang yang
terdapat pada paparan skrin. Kedua adalah dengan menggunakan input
suara. Tonton video dibawah untuk penerangan lanjut.